Monday, February 22, 2016

# Latar Belakang Program LINUS 2.0

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyedari bahawa isu asas literasi dan numerasi belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun telah dilaksanakan pelbagai program pemulihan. Program LINUS (Literacy and Numeracy Screening) merupakan satu program yang dirancang dengan lebih teliti dan sistematik.

KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tiada masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi sebelum berakhir persekolahan Tahap 1. Program LINUS mula dilaksanakan pada tahun 2010 yang melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah dan telah mencapai sasaran yang ditetapkan pada tahun 2012.

Program LINUS diperluaskan skornya dengan memasukkan Bahasa Inggeris dalam kompenan literasi mulai tahun 2013 dan dikenali sebagai Program LINUS 2.0. Peluasan ini bertujuan untuk mengukuhkan penguasaan literasi Bahasa Inggeris dalam kalangan murid Tahap 1.

No comments:

Post a Comment